Pages

Monday, May 7, 2012

sahabat itu sangat sweet oke !



assalamualaikum ~


sebelum itu nak sharing dengan semua hadis ni.


inilah hadis ke-13. sape pernah dengar? angkat tangan ! hee ~ 


hadis ni telah dikeluarkan oleh Bukhari dalam kitabnya 'Iman' 


sabda Rasullah :

                    
                " tidak mengasihi seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi   
            untuk saudaranya sesuatu yang dia kasihi untuk dirinya sendiri "


saya kira pasti dan sudah semestinya dalam hidup ini kita sangat memerlukan seorang sahabat itu bukan? 


tapi sudah pastikah kita mengasihi mereka seperti diri kita sendiri? sangat susah sebenarnya. aigoo ! tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan.hoho ~


dan jugak susah nak cari yang betul-betul ikhlas nak sahabat dengan kita yang serba kekurangan.
nak dengar cerita Rasullah x? meh ! =)


cukuplah sekadar saya cerita mengenai kisah Abu Bakar yang bersama Rasullah dalam gua hira'. beliau sanggup membiarkan kakinya dipatuk demi Rasullah supaya tidak dirasakan kesakitan itu. sangat terharu kan? dan sangat sweet bukan? hee~


dan andai perasaan kasih sayang itu ada pada umat sekarang ; sudah pasti tidak timbul masalah kawan makan kawan , masalah bunuh , masalah iri hati.


dan sebenarnya paling penting untuk umat Islam sekarang adalah ukhuwah yang dibina berlandaskan iman. menghindari dari hasad dengki dan kezaliman. mesti lagi sweet dan osem kalo kita nampak sahabat itu kita ingat dekat DIA kan? =)









alhamdulillah. saya mempunyai sahabat yang sangat huh ! ( rase macam nak mengalirkan air mata) hee. sangat ape erk? sangat ............. permata buat saya !


tak tahu mana nak cari mereka yang sangat menghargai sebuah persahabatan itu. dalam keadaan sakit dan mengalirkan air mata mereka tidak pernah lekang dalam memberikan senyuman dan kata-kata yang sangat bermakna. sahabat itu sentiasa faham akan kekurangan yang kita ada.


sahabat itu ibarat permata yang sukar dicari. dan apabila sudah dihati sukar untuk melepaskannya


TERIMA KASIH ! nak bagi kata-kata sikit ~ :p


terima kasih teman ; terima kasih buah hatiku
terima kasih sahabat ; terima kasih permataku
kalianlah permata yang Allah bagi permata yang tidak mungkin akanku jual
permata yang sentiasa menyinari ; tidak pernah gelap
saat aku buntu kalian mencapai tangan itu ; lalu digenggam sekuat hati
agar aku lebih tabah dalam menghadapi corak kehidupan ~


( oke ! dah ! sikit-sikit je. hee ~ ) :p 


'kekuatan bagi umat Islam adalah ukhuwah ' : hassan al-banna


dan dalam kekuatan itu ; jika benar-benar mahu masuk syurga sama-sama bawalah mereka pada jalan yang diredhai olehNya. kita masing-masing tidak sempurna tapi kita boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik bukan? =)


bersungguh-sungguh dalam melakukan islah terhadap saudaranya sendiri apabila melihat saudaranya cuai terhadap kewajipan ataupun berlaku kekurangan terhadap agamanya. 




* jom ! jadi lagi kasih sayang pada sahabat dan seluruh umat Islam~ *





Wednesday, March 28, 2012

senyuman itu ~





~ assalamualaikum ~


letih,lelah,keluh,pahit,manis;
aku tahu mereka menghadapinya;
tetapi wajah itu masih mengukirkan sebuah senyuman;
senyuman yang ikhlas dari hati yang sangat murni~


apabila aku melihat raut wajah mereka;
aku terpaku,aku telitinya, aku membeleknya;
uniknya wajah mereka yang apabila aku melihatnya;
terurai segala keluh dan letih dalam diri ini~


apabila aku menangis sekuat hati;
mereka mengusap air mata yang mengalir;
usapan itu cukup untuk diredakan;
dan lebih kuat untuk aku menghadapi liku-liku kehidupan~


maafkan diri ini jika pernah menyentuh hati mereka dengan kesedihan;
tidak terniat untuk aku mencoretkannya;
hanya hati ini dapat meluahkan segalanya;
bahawa aku sangat menyayangi mereka~


pengorbanan yang tidak mampu aku balas;
hanya aku mampu dan berusaha menjadi puteri solehah;
yang sentiasa mendoakan mereka;
didunia dan diakhirat ~



buat yang tersayang;
omar & hasnidar



Saturday, March 24, 2012

cinta DIA






DIA mahu kita menjadi hambaNya yang sangat comel yang sentiasa beribadah padaNya;
Dia sayang kita. eh. ye ke?
iyeeee! sbbnye~
Dia nakk sangat kita dekat dengan Dia. sebab itulah Dia bagi kita ujian.
sebab Dia nak kita jadi hamba yang sangat osem! =)

kita menjerit kadang-kadang tak ada gunanya;
DIA kan tunjukkan kita jalan;
banyak sangat jalan yang DIA tunjuk pada kita; cumanya kita yang kena cari jalan itu;
DIA suka sangat hamba yang berusaha!

Doa adalah penawar untuk lepaskan jeritan itu;
jeritan yang DIA tunjuk pada semua umat Islam;
itulah senjata bagi kita sebagai seorang muslim.

kadang-kadang kita selalu mengeluh.
tahukan kamu? bahawa Rasullah punya ujian lagi hebat dan berat?
tahukah kamu Rasullah tak pernah mengeluh? malah sentiasa sabar dalam dakwahnya.
keluhan itu kembalilah kepada DIA.
sabar kita pasti DIA faham.pasti DIA tahu apa yang terbaik buat kita.


moga terus aku berada dalam jalan ini;
jalan yang sentiasa Tuhan cintakan aku;
sebuah agama DIA yang sangat aku sayangi~




cinta Allah~
cinta DIA~






Saturday, March 10, 2012

~ syahadatul haq ~




~ assalamualaikum~

dah lame dah rasenya x update blog;
alhamdulillah; syukur padanya. kita semua diberikan nafas untuk hidup;
nape Allah maseh lagi bagi kita semua nafas ?

mesti ada sebanya kan...
mungkin sebab Allah nak suh kita lebih byk taubat;
lebih banyak kumpul pahala;
untuk selesaikan segala hutang;
setiap yang disusun olehNya pasti ada sebab.
indahnya kan? =)



ok. bercakap mengenai syahadul haq? ape itu ye?

itulah kata-kata oleh seseorang muslim yang masuk kedalam agama Islam. tapi kitaa??? waahhh. dah lama dah rupanya mengucapkan perkataan tersebut kan? dari kecil dan ada syahadah itu. dan juga! sebagai seorang muslim kita tiap2 hari melafazkan perkataan tersebut. dalam solat; selalu kita lafazkan~

' Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu; dan Dia tidak menjadikan anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri) Yang demikian itu hanyalah perkataan dimulutmu saja. Allah mengatakan yang sebenarnye dan Dia menunjukkan jalan yang benar' ... ( Al-Ahzab; 4)

Dia tidak menjadikan manusia ini 2 hati dalam satu rongga tetapi sepenuhnyaa MENCINTAI ALLAH.jomm! belajar cinta Allah; pasti hati kita akan lebih seronok dan sentiasa tersenyummm~ =)

Saidina Abu Bakar selepas melafazkan syahadah beliau balik ke rumah dan penduduk kampungnya hampir semua memeluk agama Islam. betapa kuat dan dasyatnye kalimah ini dan mereka tahu tanggungjawab mereka banyak dan sangat berat selepas melafazkannya.

dan kita sebagai seorang muslim yang dari lahir dan sering mengucapkan lafaz tersebut. apakah kita rasa seperti Abu Bakar? apakah kita rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim sedikit?

Dunia sudah dalam keadaan derita dan sakit. dan kita adalah umat pertengahan. errkkk. umat pertengahan ape lak nih? :p buka Quran (2;143). dan Rasullah ade saksi. saksi ape?? saksi yang Rasullah telah menyebarkan agama Islam diseluruh duniaaa. betapa ramainya saksi Rasullah dan sahabat2nya. tapii... saksi kitaa?? saksi kita diakhirat nanti? saksi yang kita juga menyebarkan agama Islam.wow! sangat banyak tanggungjawab kita sebenarnyaa~ =)

jadiii. kita tak boleh dan senyap2 lepas ni. kena MENYAMPAIKAN dan MENGUBAHKAN!! banyak cara untuk kita menyebarkan agama Islam pada semua. setiap manusia diberikan kelebihan masing-masing. gunakanlah dengan sebaik yang mungkin. menjadikan sehingga Daulah Islamiyah~


(err; buruk sikit. :p)

ok.pas kita? spe nak jadi saksi kita pulak? yang kita juga PERLU sebarkan agamaNya~

kalo kita tak bantu Allah dalam agamanya; Dia tak rugi apa-apa pon. eh. ye ke??

' Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang) , niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu' ( At-Taubah; 39)

kena berperang ke? tak semestinya. zaman sekarang berperang melalui pelbagai cara. antaranya adalah media masa~

kita sebagai muslim dan sign contact dengan Allah dan lama dahh !!(7;172)

oke. itu saja perkongsian untuk hari ini. jomm!! sama-sama kita sebarkan haruman-haruman pewangi Islam pada semua manusia~

' A MUSLIM IS AUTOMATICALLY A DAI'E '

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...